
Soalan lazim
Semua tentang membeli dan membaca ebook MrKokom
Jawapan ringkas tentang bayaran, muat turun dan akaun anda.

Bagaimana cara beli?
Pilih buku, tekan Beli, isi nama dan email, kemudian bayar dengan PayPal atau kad debit/kredit.
Boleh bayar tanpa akaun PayPal?
Boleh. Pilih Debit & Credit Cards semasa checkout dan bayar terus dengan kad anda.
Bila saya dapat ebook?
Serta-merta selepas bayaran berjaya. Pautan muat turun keluar di halaman pesanan dan di akaun anda.
Di mana saya muat turun semula?
Log masuk ke Akaun saya, kemudian buka Downloads. Fail anda kekal di situ.
Akaun saya dibuat bila?
Semasa checkout. Kata laluan dihantar ke email anda, dan anda boleh menukarnya di Akaun saya.
Lupa kata laluan?
Tekan Lupa kata laluan di halaman log masuk. Pautan untuk menetapkan kata laluan baharu dihantar ke email anda.
Format apa?
PDF, edisi Bahasa Melayu dan English (anda dapat kedua-dua). Boleh dibaca dan dicetak di komputer, tablet dan telefon.
Boleh kongsi dengan kawan?
Ebook untuk kegunaan peribadi pembeli sahaja. Sila jangan kongsi atau edarkan failnya.
Ada bayaran balik?
Tiada bayaran balik selepas muat turun. Jika fail rosak atau tidak boleh dibuka, kami beri salinan yang berfungsi atau bayaran balik penuh.
Bila buku seterusnya keluar?
Buku yang bertanda Coming Soon sedang disiapkan. Langgan newsletter untuk tahu bila ia keluar.
Perlu bayar untuk tool lain?
Kebanyakannya percuma dan open source: HyperFrames, three.js, Blender, VectorCraft, EffectCraft, Concat, Whisper dan FFmpeg. Remotion percuma untuk individu dan syarikat 3 orang ke bawah. Voice over ElevenLabs pilihan je.
Perlu tahu coding untuk ikut?
Tak perlu langsung. Setiap langkah ialah prompt siap pakai, anda tinggal copy dan paste.
Ada soalan lain?
Hantar mesej melalui halaman Hubungi dan kami akan balas melalui email.

Ada soalan tentang buku atau pesanan?
Kalau jawapan anda tiada di sini, hantar mesej kepada kami dan kami akan balas melalui email.
